Khairul Aming raih RM1.8 juta, Rendang Nyet ‘sold out’ dalam masa 30 saat

0
181

KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming sekali lagi mencipta fenomena apabila jualan produk terbaharunya, Rendang Nyet mencecah RM1.8 juta hanya dalam tempoh 30 saat.

Jumlah itu diumumkan sendiri oleh Khairul Aming ketika sesi siaran langsung pelancaran produknya menerusi platform TikTok yang bermula pada jam 9 malam, Jumaat.

Kejayaan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan anak muda kelahiran Kelantan itu sebagai ikon usahawan digital, terkenal dengan gaya pemasaran kreatif yang sentiasa menarik perhatian pengguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here