Peguam sahkan terdapat kecederaan pada jasad Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu, seperti yang tular di media sosial, hasil pemerhatiannya sepanjang proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Peguam Shahlan Jufri berkata, beliau berada di bilik bedah siasat selama lapan jam tanpa makan dan minum bagi memerhati keseluruhan prosedur yang dijalankan oleh pasukan forensik.

“Sudah tentu ada kecederaan, memang ada kecederaan. Kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah. Yang selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit.

“Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HQEI, malam Ahad.

Beliau turut menegaskan proses bedah siasat berjalan dengan telus tanpa campur tangan pihak luar.

“Proses itu saya berpuas hati kerana tidak ada campur tangan mana-mana pihak, hanya mereka yang terlibat sahaja.

“Memang proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar,” tegasnya.

BACA JUGA:  Mahkamah tolak permohonan penghinaan Hydroshoppe, Menara KL
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...