Khamis • 22 Januari 2026

“Kembar” Syed Saddiq berjoget di Vietnam, netizen tak henti ketawa

KUALA LUMPUR – TikTok kecoh apabila tular satu video memaparkan seorang lelaki mirip Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beraksi rancak menari di Bana Hills, Vietnam.

Rakaman tersebut yang dimuat naik oleh seorang netizen Malaysia telah mencuri perhatian ramai penonton, bukan kerana keindahan lokasi pelancongan itu, sebaliknya kerana gaya tarian penuh yakin lelaki berkenaan yang digelar sebagai “Syed Saddiq bajet.”

Menerusi video berdurasi pendek itu, lelaki berkenaan dilihat begitu bersemangat menari dengan gerak tubuh yang menghiburkan sehingga membuatkan ruangan komen dibanjiri gelak tawa.

Rata-rata warga maya berseloroh kononnya Syed Saddiq kini sedang mengadakan “kempen antarabangsa” di TikTok apabila komen dipenuhi dengan laungan “hidup Syed Saddiq,” namun kali ini bukan dengan ucapan politik sebaliknya dengan tarian berentak body roll.

Lebih mencuri perhatian, penyanyi Bella Astillah juga turut meninggalkan komen terkejut. 

Malah, pemilik video tersebut membalas dengan gurauan, “Sekarang boleh menari dengan YB tanpa nampak kaku.”

Netizen turut mengimbau kembali rakaman lama ketika Syed Saddiq pernah menari bersama Bella sempena Pesta Kaamatan di Sabah yang memperlihatkan beliau agak kaku sehingga dibandingkan seperti “temu janji prom yang gugup.”

Kemunculan individu mirip beliau itu membuatkan orang ramai terhibur kerana gaya menari yang ditampilkan jauh lebih bertenaga, sekali gus dianggap berjaya merampas perhatian daripada Syed Saddiq sendiri.

“Kalau betul ini YB, akhirnya dia jumpa rentak sebenar,” kata seorang pengguna.

Walaupun Syed Saddiq sinonim dengan perbahasan di Dewan Rakyat, di TikTok pula ‘kembar’ beliau kini menjadi tumpuan dengan aksi lincah di Vietnam.

BACA JUGA:  Mohd Suhaily Ketua Pengarah AKPS mulai esok
spot_img

TRENDING

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...

KTMB sediakan perkhidmatan khas komuter 24 jam sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan...

KDNK terkini catat pertumbuhan 4.9 peratus, melebihi unjuran – PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...