Sultan Pahang titah rakyat dirikan solat hajat, doa tolak bala malam Jumaat

KONGSI

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat serta doa menolak bala pada malam Jumaat esok.

Titah baginda dikeluarkan susulan siri bencana gempa bumi yang melibatkan Malaysia baru-baru ini, sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat dan keselamatan negeri.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar umat Islam di Pahang memperkukuh doa, meningkatkan amal ibadah dan bersatu hati memohon perlindungan ALLAH SWT daripada sebarang musibah.

ARTIKEL BERKAITAN