Khamis • 22 Januari 2026

Pelakon lelaki akui silap, adegan cium tular raih 620 ribu tontonan

KUALA LUMPUR – “Saya akui, dahulu saya pernah melakukan kesilapan.”

Itu pengakuan seorang pelakon, Putera Muhammad Aiman Mirza, 27, yang menjadi perhatian selepas lakonannya dalam sebuah web series mencetuskan kontroversi di media sosial.

Adegan bercium membabitkan Putera dan seorang pelakon wanita dalam siri tersebut tular di TikTok dengan lebih 620,000 tontonan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata penonton menyifatkan babak berkenaan tidak wajar dipertontonkan, khususnya membabitkan pelakon lelaki Melayu.

Mengulas perkara itu, Putera mengakui sudah menjangka pelbagai pandangan akan timbul, namun tetap berpegang pada prinsip serta restu ibu sebagai kekuatan utama dalam kerjayanya.

“Saya selesa kerana saya sudah mendapat persetujuan daripada ibu saya. Kalau ibu saya izinkan dan tidak melihatnya sebagai masalah, maka saya akan lakukan. Yang penting, saya tidak pernah menyusahkan orang lain,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Dalam masa sama, beliau menghormati pandangan masyarakat yang menegur tindakannya, meskipun mempunyai pendirian berbeza.

“Saya hargai semua komen. Bagi saya, semua orang pernah melakukan kesilapan, cuma caranya sahaja yang berbeza. Saya sendiri sentiasa berusaha belajar dan memperbaiki diri,” jelasnya.

Berkongsi pengalamannya, Putera mengakui perjalanan awal dalam bidang seni tidak mudah apabila sering gagal dalam sesi uji bakat kerana kurang berani menonjolkan kemampuan sebenar.

“Dulu saya agak malu. Ketika casting, saya tidak menunjukkan potensi penuh. Dari situ saya belajar untuk lebih yakin, dan Alhamdulillah akhirnya saya mendapat peluang,” katanya.

Walaupun terus menerima kecaman berhubung adegan tersebut, Putera menegaskan fokus utamanya kini adalah membina kerjaya dengan lebih matang serta memastikan kesilapan lalu tidak berulang.

BACA JUGA:  Muaz J akui masih bujang, \'saya dah buat live 3 tahun tapi tak jumpa calon\'
spot_img

TRENDING

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...

KTMB sediakan perkhidmatan khas komuter 24 jam sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan...

KDNK terkini catat pertumbuhan 4.9 peratus, melebihi unjuran – PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...