‘Masing Masing’ cipta rekod Asia, cecah 200 juta penstriman

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ernie Zakri terus mencipta kejayaan di persada muzik serantau apabila lagu hitnya ‘Masing Masing’ berjaya meraih lebih 236 juta penstriman di platform Spotify.

Karya hasil kolaborasi bersama komposer dan pemain gitar terkenal Indonesia, Ade Govinda itu turut menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Book of Records.

Lagu tersebut dinobatkan sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas mencecah 200 juta penstriman menjelang Ogos tahun lalu.

Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Ernie di industri muzik selepas beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025.

Pengiktirafan bertaraf Asia itu bukan sahaja menjadi satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya seninya, malah membuka ruang pendedahan lebih luas di peringkat serantau.

Mengulas kejayaan tersebut, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri mengakui terharu kerana tidak menyangka lagu yang dihasilkan dengan penuh kejujuran emosi mampu mencapai kejayaan sedemikian.

“Sejujurnya, semasa menghasilkan lagu ini bersama Ade Govinda, matlamat kami hanyalah untuk menyampaikan sebuah naskhah yang jujur.

“Melihat ia kini meraih sambutan luar biasa sehingga melakar sejarah, saya amat menghargai sokongan padu pendengar, terutamanya Ernienators yang setia menyokong perjalanan seni saya sejak awal lagi,” katanya.

Menurutnya, kekuatan utama lagu ‘Masing Masing’ terletak pada mesejnya yang bersifat universal sehingga mampu menyentuh hati pendengar di seluruh Asia Tenggara walaupun berdepan perbezaan bahasa.

Kejayaan tersebut turut menjadi bukti bahawa kolaborasi muzik antara dua negara mampu menembusi sempadan antarabangsa sekali gus membina legasi seni yang akan terus dikenang dalam industri muzik serantau. – MYBERITA

BACA JUGA:  Ernie Zakri raih tiga 'platinum award' di Malaysia, Indonesia
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...