Rafidah Ibrahim berdepan muflis, risiko sita aset jika gagal bayar saman fitnah

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim berdepan risiko penyitaan aset selepas lebih setahun gagal melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung bayaran saman fitnah berjumlah RM281,200 kepada ahli perniagaan, Datuk Haris Embong dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn. Bhd.

Menurut Haris, 48, sudah 422 hari berlalu sejak keputusan mahkamah diumumkan pada 31 Julai tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang pembayaran dilakukan oleh Rafidah atau wakilnya.

“Notis tuntutan kali kedua telah dikeluarkan pada 19 September lalu dan disahkan diterima pihak Rafidah pada 22 September. Malangnya, bayaran masih belum dibuat,” katanya pada sidang media khas di sini.

Sementara itu, peguam Haris, Alvin Dev Singh menegaskan, undang-undang sivil memberi ruang kepada plaintif untuk mengambil langkah pelaksanaan lebih keras termasuk penyitaan aset sekiranya tertuduh terus gagal mematuhi keputusan mahkamah.

“Ini bukan soal penjara, tetapi memastikan ganti rugi dibayar. Jika masih ingkar, tindakan sita aset boleh dilaksanakan,” jelasnya.

Haris dalam masa sama meluahkan rasa kecewa kerana usaha mencari jalan perdamaian di luar mahkamah sebelum ini tidak mendapat sambutan.

“Saya terbuka untuk berbincang secara baik, tetapi langsung tiada respons. Malah, mesej saya hanya dibalas ringkas dengan arahan supaya berurusan dengan peguamnya. Memang mengecewakan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, saman fitnah berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi lain yang dikaitkan dengan Rafidah ketika ini, sebaliknya demi menjaga reputasi serta nama baiknya sebagai usahawan.

Untuk rekod, kes bermula selepas kontrak Rafidah sebagai Ketua Pemasaran Aris Burger ditamatkan pada Ogos 2021. Tidak lama kemudian, penyanyi itu memuat naik dua hantaran media sosial yang dianggap mencemarkan nama baik Haris dan syarikatnya.

BACA JUGA:  Pinjaman RM5.28 juta tidak dilunaskan, Jovian Mandagie diisytihar muflis

Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan Rafidah membayar ganti rugi kepada Haris sebanyak RM100,000, kepada Arisprop Holdings RM150,000, selain faedah lima peratus setahun, kos guaman RM30,000 dan fi alokator RM1,200.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...