Khamis, 2 Oktober 2025
Iklanspot_img
UtamaSEMASARakaman sikat rambut anak di Mydin cetus kecaman, wanita tampil beri penjelasan

Rakaman sikat rambut anak di Mydin cetus kecaman, wanita tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tampil memberi penjelasan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki bersama dua anaknya menggunakan sikat yang dijual di sebuah pasar raya.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita terbabit yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan menjelaskan bahawa sikat tersebut dibeli selepas digunakan.

“Saya beli, takkanlah saya tak beli sikat itu. Bukannya saya koyak plastik, pakai dan letak semula.

“Benda itu tak ada bungkusan, jadi saya pakai sajalah. Tak salah pun. Kalau awak semua rasa was-was, basuhlah… tak payah nak bergaduh dalam TikTok, pasal sikat je pun,” katanya.

Dalam masa yang sama, wanita itu turut memohon maaf kepada pihak pasar raya berkenaan.

“Saya minta maaf Mydin, sebab buat macam itu. Itu yang awak semua nak dengar sangat bukan? Saya ni bersalah, takkan nak tegakkan benang yang basah,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan berkata dirinya tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan warganet.

“Saya nak tergelak bila awak semua kata dekat saya macam-macam. Awak kata, ‘kami ni jahat, tunjuk teladan yang tak baik..’

“Tolong bersikap lemah lembut, jangan terlalu marah-marah. Saya tak kecil hati pun dengan awak semua. Saya relaks sahaja, tak terkesan pun dengan komen-komen dan tak kisah pun,” jelasnya.

Terdahulu, video berkenaan mencetuskan perdebatan di media sosial apabila rata-rata warganet melahirkan kebimbangan mengenai tahap kebersihan sikat yang sudah digunakan, selain menegur tindakan ibu bapa terbabit yang dianggap memberi contoh kurang baik kepada anak-anak.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com
ARTIKEL BERKAITAN
Iklan