Khamis, 16 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Gaya HidupElly Mazlein umum undur diri daripada pencalonan anugerah

Elly Mazlein umum undur diri daripada pencalonan anugerah

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengumumkan tidak lagi berminat untuk bertanding atau dicalonkan dalam mana-mana program anugerah selepas ini.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata kejayaan meraih trofi Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 sudah cukup memadai buat dirinya.

“Alhamdulillah, saya sudah pernah merasa kemenangan sebelum ini. Kini saya mahu beri peluang kepada pengacara lain pula. Saya akan keluarkan kenyataan di Instagram mengenai pengunduran diri daripada sebarang pencalonan anugerah,” katanya.

Menurut Elly, keputusan itu dibuat bagi memberikan ruang kepada rakan-rakan industri lain untuk meraih peluang yang sama serta mengelakkan salah faham bahawa dirinya masih berkempen untuk pencalonan ABPBH yang akan datang.

Beliau turut menegaskan, sebagai seorang selebriti, perkara yang lebih penting adalah sentiasa dekat di hati peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan sepanjang kerjaya seninya.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-