‘LASSO Music’ sedang menyala di pentas Malaysia

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock & roll tempatan, Lasso Music kini semakin menjadi tumpuan dalam dunia muzik indie tanah air dengan semangat juang dan identiti muzik yang segar.

Diasaskan oleh tiga anak muda iaitu Danial (vokalis/gitaris), Pai (bassis) dan Ancik (dram), band yang berpangkalan di Sepang ini menjadikan slogan “Music unite us” sebagai nadi perjuangan mereka dalam mengangkat semangat rock klasik ke era moden.

Walaupun baru menapak sejak beberapa tahun lalu, Lasso sudah berjaya menembusi pelbagai festival dan acara besar di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Hari Rock Negara (Selangor), BotB Rock Q2 (Pulau Pinang) yang menyaksikan lagu asal mereka “Waneeta” memenangi Best Song Award, serta Atas Angin Festival (Kuala Lumpur)dan The Village Fest (Langkawi).

Lagu-lagu mereka seperti “Kisah Dongeng”“Perhatian”“Tabiat Ghalib”“Temasya Rock&Roll” dan “Oh Asmara”menggambarkan keunikan gaya muzik Lasso yang menggabungkan elemen vibe 80-an dengan sentuhan Latin dan Mexico, menjadikan mereka antara band muda yang berani bereksperimen dengan bunyi.

Lebih menarik, “Waneeta” yang dilancarkan pada Jun 2023 bukan sahaja mendapat tempat di platform digital utama, tetapi turut diputarkan di stesen radio bawah tanah seperti Subsur Radio Singapura yang dikira sebagai satu pencapaian membanggakan bagi kumpulan muda tempatan.

Lasso kini sedang giat menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam siri persembahan mereka yang digelar “Tour Around Semenanjung”, membawa mesej bahawa tiada sempadan dalam muzik dan bahawa impian anak muda Sepang juga mampu menggoncang pentas negara.

Bagi peminat yang ingin mengikuti perkembangan mereka, Lasso aktif di media sosial seperti Instagram, TikTok, Twitter dan YouTube (@lassomy_) serta di platform Spotify (Lasso).

BACA JUGA:  'Event' paling ‘Red Hot’ tahun ini, AirAsia Hausboom Festival 2025 janjikan kejutan paling gempak
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...