PHM ingatkan penggiat seni lebih peka isu sensitif seperti budaya buli

0
117

KUALA LUMPUR – Penggiat seni diingatkan supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui karya mereka, terutama apabila menyentuh isu sensitif seperti budaya buli.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu kenyataan di Facebook menegaskan bahawa kebebasan berkarya dalam bidang seni filem tidak boleh disalahgunakan hingga menjejaskan sensitiviti sosial dan emosi masyarakat.

“Kami tidak menafikan hak anda untuk berkarya. Seni filem perlu bebas untuk mengkritik, menyentuh, dan menggugah. Namun dalam situasi sosial hari ini, kebebasan itu mesti datang bersama tanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here