Tiada ‘lockdown’, hanya amaran elak KLCC – Mohamad Hasan

REMBAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tiada sebarang penutupan atau ‘lockdown’ akan dilaksanakan di sekitar kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan.

Beliau menjelaskan, kenyataannya sebelum ini hanya berbentuk amaran dan nasihat kepada orang ramai agar tidak berada di kawasan berkenaan sepanjang persidangan berlangsung bagi tujuan keselamatan dan kelancaran acara.

“Tak ada lockdown, saya cuma bergurau sahaja. Saya cuma nak bagi amaran kepada orang ramai supaya mana-mana yang dah cuti, yang kerja dari rumah atau belajar dari rumah itu, janganlah pula menyibuk-nyibuk di kawasan KLCC,” katanya.

Mohamad berkata, kawasan KLCC akan dijadikan zon keselamatan sepenuhnya memandangkan ramai ketua negara dan rakan dialog ASEAN akan hadir, termasuk dari negara luar seperti Brazil dan Afrika Selatan.

Menurutnya, operasi perniagaan di sekitar Kuala Lumpur akan berjalan seperti biasa dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai sekatan aktiviti ekonomi sepanjang sidang kemuncak itu.

“Perniagaan seperti biasa, cuma hindari berada di kawasan KLCC. Kita buat di KLCC kerana kemudahan penginapan untuk ketua-ketua negara lebih sesuai berbanding di Putrajaya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DUN Chembong sempena Deepavali di Dewan Orang Ramai Pedas, di sini, hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 merupakan persidangan terakhir di bawah Pengerusian Malaysia bagi tahun 2025, dan dijangka menghimpunkan pemimpin tertinggi rantau ini serta negara rakan dialog strategik.

BACA JUGA:  Tiket persembahan solo ‘DUKES QUEST’ habis terjual dalam dua minggu
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

‘Nyawa dibalas nyawa’, Nor Nadia mahu pembelaan buat arwah suami

KLANG – Balu kepada mangsa kemalangan akibat dirempuh pemandu...

PDRM, MAINJ siasat video wanita menyimpang mengaku jadi Nabi

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai...

DBKL tambah tiga CCTV di KLCC, perkukuh keselamatan, banteras ‘ulat foto’

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah...

13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA - Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Penuntut USM, Amirul Syahmi cipta nama, sasar tempat dalam skuad futsal kebangsaan

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM)...