“Jangan sekadar hafal, fahami dan praktikkan ilmu” – Jeremy Lau

GEORGE TOWN – Kejayaan bukan hanya diukur melalui nombor dalam transkrip akademik, tetapi bagaimana ilmu itu digunakan dalam kehidupan seharian, itulah prinsip yang dipegang Jeremy Lau Wei Han, 24, yang menjadi graduan terunggul menerima hadiah pingat emas sempena Upacara Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi Jeremy, kunci kejayaan terletak pada pemahaman dan praktik ilmu, bukannya sekadar menghafal untuk peperiksaan. Beliau menekankan bahawa setiap pertanyaan adalah peluang untuk belajar.

“Jangan sekadar hafal, fahami dan praktikkan ilmu itu dalam kehidupan seharian, bukan sekadar untuk peperiksaan. Jangan takut bertanya, itu bukan tanda lemah. AI boleh jadi tutor dan pendebat kita, ia mencabar cara pemikiran kita dan membantu kita melihat sesuatu dari perspektif berbeza” katanya ketika ditemui MYBERITA, pada Selasa.

Selain cemerlang dalam akademik, Jeremy juga aktif dalam khidmat masyarakat dan kepimpinan. Beliau pernah menjadi sukarelawan di Sabah, mengajar bahasa, sains dan matematik kepada pelajar sekolah rendah serta menjalankan bengkel berkaitan penggunaan AI.

Di USM, Jeremy memegang pelbagai jawatan termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pengerusi Persatuan Sains Komputer, Pengasas International Varsity Hackathon dan Intervarsity Think Tank, selain terlibat dalam projek USM Buddies untuk membantu pelajar antarabangsa.

Inisiatif International Varsity Hackathon yang diasaskan Jeremy sejak 2022 kini memasuki tahun keempat, menjadi platform global untuk pelajar menyelesaikan isu industri dan menarik penyertaan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia. Dengan prinsip hidup “Be The Change”, Jeremy bercita-cita menjadi pemangkin perubahan untuk membentuk dunia yang lebih adil, inklusif, dan sejahtera.

Jeremy merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang berasal dari Taiping, Perak. Kedua ibu bapanya merupakan guru muzik yang memiliki sekolah sendiri, mengajar pelbagai instrumen termasuk piano, gitar, drum dan teori muzik. Jeremy mengakui bahawa sokongan keluarga inilah yang mendorongnya untuk terus berusaha dan menjadi inspirasi kepada generasi muda.

BACA JUGA:  Pelajar pelbagai kaum raikan Aidilfitri, siap berbaju Melayu dan kurung lagi

“Setiap tindakan kecil yang kita lakukan boleh memberi perubahan besar. Jangan tunggu esok, mulakan hari ini,” ujarnya.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...