Azmin Ali umum letak jawatan Setiausaha Agung PN

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman mengenai perkara itu dikongsi sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Dalam kenyataan ringkas tersebut, Azmin memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa landskap politik negara serta demi kepentingan parti dan gabungan itu secara keseluruhan.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional adalah atas bidang kuasa Pengerusi Perikatan Nasional, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin,” katanya.

Tambahnya, Azmin turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor berkuat-kuasa 1 Januari 2026.

Peletakan jawatan Azmin itu hadir ketika PN berdepan pelbagai cabaran politik semasa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati dan penganalisis politik.

Awal pagi tadi, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

BACA JUGA:  Belum ada ganti jawatan, mereka masih bercuti - PM Anwar
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...