Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di Klebang, semua krew selamat

MELAKA – Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlibat dalam insiden pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, di sini, pada pukul 10.50 malam tadi.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden berkenaan berlaku ketika pesawat tersebut sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menurut kenyataan itu, seramai empat kru udara berada di dalam helikopter berkenaan ketika kejadian. Kesemua kru berjaya diselamatkan dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta kini berada di bawah pemantauan pasukan perubatan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 3 pagi tadi.

Tambah TLDM, susulan kejadian tersebut, tindakan serta-merta telah diambil dengan mengatur gerakan operasi salvaj bagi pesawat terlibat. Selain itu, satu lembaga siasatan turut ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Dalam pada itu, TLDM memohon kerjasama orang ramai agar tidak menularkan sebarang video atau rakaman kejadian bagi menjaga sensitiviti serta memastikan kelancaran proses siasatan.

BACA JUGA:  Remaja Korea maut jatuh tingkat 24 'homestay' di Melaka
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...