Khamis • 22 Januari 2026

KDNK terkini catat pertumbuhan 4.9 peratus, melebihi unjuran – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkini negara mencatatkan peningkatan kepada 4.9 peratus berbanding sekitar 4.7 peratus pada September lalu.

Beliau berkata, pencapaian itu turut melebihi unjuran rasmi sebelum ini yang dianggarkan antara 4 hingga 4.8 peratus.

“Bukan sahaja KDNK berkembang, tetapi prestasi ringgit adalah yang terbaik sejak lima tahun, iaitu mencecah RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Indeks bursa saham, Bursa Malaysia pula mencecah paras 1,700 mata, tertinggi sejak tujuh tahun lalu, manakala kadar pengangguran pada November 2025 menurun kepada 2.9 peratus, iaitu kadar terendah dalam tempoh 11 tahun,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN–Simpang Renggam) mengenai prestasi pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa peningkatan prestasi ekonomi negara adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk ahli-ahli Parlimen yang telah memastikan kestabilan politik serta kesinambungan dan kejelasan dasar kerajaan.

“Pencapaian ini juga didorong oleh usaha gigih perkhidmatan awam serta peranan peniaga dan pelabur yang terus memberikan keyakinan kepada ekonomi negara,” katanya.

BACA JUGA:  BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus, ekonomi negara dijangka terus kukuh
spot_img

TRENDING

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...

KTMB sediakan perkhidmatan khas komuter 24 jam sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan...

Peruntukan RM1.1 bilion STR fasa 1 2026 disalur hari ini

KUALA LUMPUR - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1...