Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR – Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tren elektrik (ETS) sempena cuti Tahun Baharu Cina dilaporkan hampir habis dijual pada ketika ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, memaklumkan bahawa berikutan permintaan yang tinggi, KTMB akan menambah perkhidmatan ETS dari 13 hingga 22 Februari bagi beberapa laluan utama.

“Laluan yang terlibat termasuk Kuala Lumpur (KL) Sentral – Butterworth, KL Sentral – Ipoh, KL Sentral – Padang Besar dan Johor Bahru (JB) Sentral – KL Sentral. Setiap laluan akan menawarkan dua trip sehari bagi tarikh tertentu,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Menurut Anthony, sebanyak 26,460 tiket ditawarkan bagi tempoh perkhidmatan tambahan ini, menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi sempena Tahun Baharu Cina adalah maksimum 52 trip sehari.

“Jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan ETS sempena Tahun Baru Cina ini akan dibuka pada 29 Januari 2026,” tambah beliau.

BACA JUGA:  Mahkamah syariah tetap 2 Disember sebutan kes cerai Nubhan, Afifah
Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...