Khamis • 22 Januari 2026

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2026/2027 untuk program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Fasa Pertama lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf akan dibuka bermula 29 Januari hingga 23 Mac depan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan Fasa Kedua bagi lepasan STPM dan setaraf pula akan dibuka dari 13 April hingga 15 Mei depan.

Menurut KPT, permohonan adalah terbuka kepada lepasan SPM dan STPM atau setaraf bagi semua program pengajian semasa Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM atau setaraf.

“Manakala bagi permohonan Fasa Kedua Lepasan STPM atau setaraf, hanya program pengajian yang tidak melibatkan temu duga atau ujian sahaja akan dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tujuan permohonan, pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Januari dengan harga RM10.60 termasuk caj perkhidmatan.

Kaedah bayaran Nombor Pin UPUOnline® di BSN boleh dilakukan melalui 387 kaunter cawangan BSN, 843 mesin Juruwang Automatik (ATM) BSN serta perkhidmatan perbankan internet myBSN.

KPT turut memaklumkan bahawa BSN akan mengeluarkan Nombor Pin UPUOnline® bersama salinan resit pembayaran dan pemohon dinasihatkan supaya menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian untuk rujukan.

Permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi itu melibatkan 20 universiti awam, 36 politeknik, 106 kolej komuniti serta dua institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bahagian Pendidikan Tinggi.

Menurut KPT, sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM, manakala 1,146 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM dan setaraf di seluruh negara.

BACA JUGA:  Lebih separuh lepasan SPM pilih laluan TVET, hampiri sasaran RMK13
spot_img

TRENDING

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...

KTMB sediakan perkhidmatan khas komuter 24 jam sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan...

KDNK terkini catat pertumbuhan 4.9 peratus, melebihi unjuran – PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Peruntukan RM1.1 bilion STR fasa 1 2026 disalur hari ini

KUALA LUMPUR - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1...