Lebih separuh lepasan SPM pilih laluan TVET, hampiri sasaran RMK13

KUALA LUMPUR – Seramai 53.9 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini memilih laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus menghampiri sasaran 70 peratus yang ditetapkan menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian itu menunjukkan usaha kerajaan dalam merombak ekosistem pendidikan negara ke arah bidang berkemahiran tinggi berada pada landasan yang betul.

“Pada akhir RMK13 nanti, kita berhasrat supaya 70 peratus lepasan SPM berada dalam sektor TVET. Setakat ini, kita telah mencapai 53.9 peratus, bermakna hanya tinggal kira-kira 17 peratus lagi untuk mencapai sasaran tersebut,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) British Malaysian Institute (BMI) di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika ini terdapat seramai 439,000 pelajar TVET di seluruh negara melibatkan 1,398 institusi, satu angka yang dianggap signifikan dalam usaha merubah landskap pendidikan negara.

“Matlamat untuk mengubah ekosistem pendidikan pada akhir RMK13 mampu dicapai melalui usaha berterusan UniKL dan fakulti-fakulti di bawah universiti berkenaan, selain sokongan daripada institusi TVET lain, tanpa menafikan kepentingan kursus tradisional bagi sektor yang tidak memerlukan kepakaran tinggi,” tambahnya.

Sementara itu, UniKL BMI menyifatkan lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengiktirafan terhadap peranan institusi tersebut sebagai peneraju pembangunan modal insan dalam bidang TVET, khususnya dalam sektor tenaga elektrik, elektronik, semikonduktor, telekomunikasi dan bioperubatan elektronik.

Semasa lawatan berkenaan, Ahmad Zahid turut merasmikan bangunan net-zero/energy-plus pertama di Malaysia, Sustainable Energy Living Lab (SELL), yang dilengkapi panel solar di bumbung dan dinding, sistem penyimpanan tenaga termal dan elektrikal, serta teknologi pengurusan bangunan pintar yang mampu menjana penjimatan tenaga sehingga 51 peratus.

BACA JUGA:  Van langgar lampu merah, pemuda maut di lokasi sama pernah ragut tiga nyawa
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...