Kredibiliti dwi-kemahiran graduan PSA diperkasa dengan Sijil Darul Quran JAKIM

SHAH ALAM – Kredibiliti pelajar program Techno Huffaz Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) terus diperkasa apabila pengiktirafan rasmi daripada Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberikan kepada para pelajarnya.

Inisiatif itu sekali gus menjadikan graduan PSA sebagai aset dwi-kemahiran yang berkeupayaan menyumbang dalam sektor teknikal dan keagamaan.

Pengarah PSA, Zainah Rujihan berkata, pelajar Techno Huffaz mengikuti pengajian teknikal sepenuh masa namun dalam masa yang sama menjalani program hafazan Al-Quran yang tersusun dan bersistem.

“Apabila mereka menamatkan pengajian kelak, mereka bukan sahaja menerima diploma teknikal PSA, malah memperoleh sijil pengiktirafan hafazan daripada Darul Quran JAKIM,” katanya ketika ditemui MYBERITA pada Program Minggu Transformasi Siswa (MTS), pada Rabu.

Menurut beliau, kelebihan dua sijil ini membolehkan pelajar PSA lebih versatil, bukan sahaja untuk menceburi kerjaya dalam sektor industri berteraskan teknologi dan kemahiran, malah turut berperanan sebagai tenaga pengajar dalam bidang keagamaan seperti Al-Quran dan Tajwid.

PSA juga menyusun jadual akademik secara fleksibel agar pelajar mampu menyeimbangkan antara hafazan dan pengajian teknikal.

“Kelas teknikal dijalankan seperti biasa dari Isnin hingga Jumaat bersama pelajar lain, manakala sesi hafazan berlangsung pada waktu petang, hujung minggu atau mengikut jadual Jabatan Pengajian Am,” tambah Zainah.

Program hafazan dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah mengikut garis panduan Darul Quran, bagi memastikan proses pembelajaran memenuhi kriteria piawaian.

Program Techno Huffaz yang diperkenalkan di PSA dilihat sebagai pendekatan holistik dalam melahirkan graduan seimbang dari segi ilmu duniawi dan ukhrawi, selaras dengan matlamat pendidikan negara yang menyeluruh.

Untuk rekod, program berkenaan pernah mendapat perhatian media ketika Majlis Iftar Mahabbah PSA pada 15 Mac lalu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

BACA JUGA:  Amirul Ikhwan buktikan masalah pendengaran bukan halangan belajar

Dalam majlis yang disertai lebih 1,400 pelajar serta kakitangan termasuk golongan OKU dan bukan Islam itu, Mustapha memuji usaha PSA yang menyatukan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendidikan Islam dalam satu program bersepadu.

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...