Izara Aishah tegur produksi Dewi Remaja sebab kongsi video…

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Izara Aishah Hisham, 33, meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan pihak produksi rancangan Dewi Remaja yang didakwa sengaja berkongsi rakaman video sesi uji bakat peserta ke media sosial.

Menerusi satu komen di platform Threads, Izara menegur pihak produksi dengan soalan, “Dewi Remaja kenapa kongsikan rakaman uji bakat kepada umum? Bukankah sepatutnya ia hanya untuk juri sahaja?”

Menurut Izara, kebanyakan peserta menyertai rancangan itu sebagai platform untuk menonjolkan bakat mereka dan meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

“Orang muda nak tunjukkan persembahan di luar zon selesa mereka untuk mengejar kerjaya. Ada di antara mereka yang mengambil perkara ini dengan serius kerana percaya platform ini boleh memberi peluang untuk mereka berjaya,” katanya.

Pelakon drama Keluarga Itu, turut menegaskan bahawa tindakan menularkan video sesi uji bakat boleh memberi impak negatif, termasuk trauma kepada peserta.

“Perkara ini boleh menyebabkan trauma kepada peserta. Mereka juga tidak mempunyai suara untuk menyatakan tentang hal ini. Ini boleh memalukan mereka,” tambah Izara.

Teguran Izara ini mencetuskan perbincangan hangat di kalangan peminat dan warganet, dengan ramai menyokong pandangannya bahawa privasi peserta seharusnya dihormati.

BACA JUGA:  Nubhan tenang dikecam, bangga raih tempat ketiga GV12
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...