KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan orang ramai tidak terpedaya dengan mesej palsu yang mendakwa kerajaan mengagihkan bantuan one-off RM500 sempena Ramadan.
MoF menegaskan, tiada sebarang bantuan sedemikian dilaksanakan dan orang ramai dinasihatkan tidak klik sebarang pautan mencurigakan.
Selain itu, MoF menggesa orang ramai tidak berkongsi maklumat peribadi dengan sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat skim bantuan melalui saluran rasmi kementerian.
“Dapatkan maklumat sahih skim bantuan kerajaan melalui laman web dan akaun media sosial rasmi kami. Hentikan penyebaran mesej palsu. Semak sebelum kongsi,” kata MoF dalam catatan di Facebook.
Mesej palsu yang tular turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mendakwa bantuan RM500 dikreditkan ke akaun orang ramai.
Ia disertakan pautan untuk “penerima” menyemak kelayakan dengan memasukkan maklumat peribadi mereka, yang MoF sahkan tidak sah dan berisiko.

