Video AI palsu libatkan Sultan Pahang, orang ramai diminta berwaspada

KUANTAN – Istana Pahang menafikan dakwaan bahawa Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai menerusi media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, pihak istana memaklumkan telah mengesan kembali penularan beberapa klip video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Al-Sultan Abdullah serta didakwa menawarkan bantuan kewangan kepada rakyat.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan dan tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam kandungan tersebut.

“Orang ramai juga diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan,” menurut hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, pihak istana menegaskan bahawa Sultan Pahang tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi. Semua aktiviti rasmi atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform Facebook Kesultanan Pahang yang kini mempunyai kira-kira 758,000 pengikut.

Hantaran itu turut menjelaskan bahawa di platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok dan YouTube, akaun rasmi hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang, manakala portal rasmi Istana Pahang adalah melalui laman sesawang istanapahang.my.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap penyebaran kandungan palsu yang menggunakan teknologi AI bagi tujuan penipuan dan penyalahgunaan identiti.

BACA JUGA:  Waspada akaun palsu guna suara AI Raja Permaisuri Agong
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...