Bakal pengantin didenda RM2,000 simpan gambar lucah

MELAKA – Seorang bakal pengantin, Muhammad Nurhakim Ridzuan Shah, 27, dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan beberapa keping gambar lucah pada Ogos tahun lalu.

Majistret Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Kesalahan dilakukan tertuduh di pejabat pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Taman Batu Berendam Putra pada 3 Ogos 2025 kira-kira pukul 3.15 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. Analisis forensik telefon bimbit tertuduh mendapati imej lucah tersebut selepas laporan polis dibuat berhubung perkongsian fitnah dan memalukan di Facebook.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana ia kesalahan pertama, bakal berkahwin, dan hanya bekerja sendiri. Mahkamah menetapkan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal bayar, dan tertuduh membayar denda itu di mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin yang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. – MYBERITA

BACA JUGA:  Caprice bongkar rayuan \'influencer\' lepas didakwa hantar gambar lucah
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...