Khamis | 08/10/2026 | 2:56:41 pm
HomeNasionalAnwar sertai solat jenazah Syed Muhammad Naquib al-Attas

Anwar sertai solat jenazah Syed Muhammad Naquib al-Attas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai jemaah menunaikan solat jenazah tokoh ilmuwan dan pemikir agung peradaban Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas di Masjid Al-Taqwa TTDI di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata pemergian Allahyarham yang juga seorang Profesor Diraja dan sarjana tersohor merupakan kehilangan besar kepada dunia keilmuan.

“Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat dunia kerana telah menabur bakti besar dalam memartabatkan tradisi ilmu, adab dan tamadun Islam.

“Sesungguhnya jasa dan sumbangan Allahyarham akan terus dikenang dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi ilmuwan serta umat Islam dalam meneruskan tradisi keilmuan yang berteraskan hikmah dan nilai,” katanya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|