Lelaki dipuji pulangkan semula beg berisi wang, jongkong emas

KUALA LUMPUR – Tindakan jujur seorang pengguna media sosial, Udin Sdmc memulangkan beg yang mengandungi wang tunai, jongkong emas seberat lima gram serta dokumen penting kepada pemiliknya meraih pujian ramai.

Kisah itu bermula apabila beliau memuat naik hantaran pada 16 Mac lalu selepas menemui sebuah beg di bawah jejambat yang mengandungi wang, MyKad dan pelbagai dokumen lain. 

Sehari kemudian, Udin memaklumkan beg tersebut telah berjaya dipulangkan dalam keadaan selamat, termasuk jongkong emas dan foil emas yang berada di dalamnya.

“Alhamdulillah, saya hanya jalankan amanah, tapi doa baik yang tuan puan titipkan itu lebih bernilai daripada apa yang saya pulangkan. 

Mungkin ini ujian Tuhan nak tengok saya pilih jujur atau sebaliknya. Kalau saya ambil dompet itu, mungkin dapat duit cepat, tetapi rezeki yang berkat lebih besar nilainya,” katanya.

@udinsdmc

semoga kita lebih berhati2..kalau bukan hak kita jangan lah amik..tuhan sedang menguji kedua belah pihak.. #fyp #jumpaemas #fypシ゚

♬ original sound – Azrulsincan36 – Azrulsincan36

Perkongsian itu meraih perhatian positif netizen yang memuji sikap amanahnya, malah menyifatkan tindakan tersebut sebagai contoh terbaik dalam masyarakat.

“Kejujuran seperti itu wajar dicontohi dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan serta dilimpahkan rezeki,” kata seorang pengguna. 

Sementera itu, seorang pengguna mengakui tersentuh dengan kejadian berkenaan yang memberi makna besar kepada pemilik beg tersebut.

“Sebak saya tengok adik dengan mak tersebut. Mungkin abang rasa ini hal kecil sahaja, tetapi ia amat bermakna kepada mereka. Malaysia sebenarnya penuh dengan ramai orang baik. Semoga negara kita sentiasa dirahmatiNya,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna berpandangan tindakan lelaki tersebut mencerminkan prinsip tidak mengambil hak orang lain walau berada di depan mata. -MYBERITA

BACA JUGA:  Ribuan rakyat semarakkan ambang merdeka 2025
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...