Ramai sebak baca ucapan isteri buat suami maut dirempuh pemandu mabuk

KUALA LUMPUR – Satu hantaran lama seorang wanita yang juga isteri kepada penunggang motosikal yang maut dilanggar pemandu mabuk di Klang kembali tular, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di media sosial pada tahun 2022, wanita dikenali sebagai Nor Nadia itu meluahkan kenangan manis bersama suaminya, Allahyarham Amirul Hafiz Omar, yang ketika itu menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah motosikal.

“Isteri ni dah lama perasan… setiap malam sebelum tidur mesti skrol gambar motosikal lepas itu simpan. Nampak sangat dia teringin,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menurutnya, dia kemudian mengambil keputusan untuk menghadiahkan motosikal tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga keluarga.

“Tak apa lah, hari ini isteri awak tunaikan impian awak selama ini. Anggaplah hadiah ini kerana menjaga keluarga kita dengan baik, jalankan tanggungjawab tanpa mengeluh dan sabar melayan kerenah isteri,” katanya lagi.

Perkongsian itu turut memaparkan reaksi gembira Allahyarham ketika menerima hadiah berkenaan, yang kini menjadi kenangan paling menyentuh hati selepas pemergiannya.

Hantaran tersebut kembali menjadi perhatian susulan insiden kemalangan maut yang meragut nyawa mangsa di Jalan Raya Barat, Klang semalam.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dan menitipkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali,” tulis seorang pengguna.

Terdahulu, mangsa dilaporkan maut selepas dilanggar seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi.

Insiden itu sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai bahaya pemanduan dalam keadaan mabuk yang bukan sahaja meragut nyawa, malah meninggalkan kesan mendalam kepada insan tersayang. – MYBERITA

BACA JUGA:  Lee Bee jadi jurubahasa berita sendiri, terima pingat Ahli Mangku Negara
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...