“Mandikan kami, solatkan kami dan uruskan pengebumian kami…” – Shahida didik Ammar Ahyan urus jenazah

KUALA LUMPUR – Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida berkongsi usaha mendidik anaknya, Ammar Ahyan mengenai tanggungjawab fardu kifayah khususnya dalam pengurusan jenazah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida memaklumkan didikan tersebut sebenarnya telah diterapkan oleh ibu bapanya sejak dahulu lagi.

Menurutnya, setiap kali ada kenalan atau saudara meninggal dunia, mereka sekeluarga diwajibkan hadir bagi membantu urusan jenazah sebagai tanda tanggungjawab sesama Muslim.

“Dulu masa ayah dan mama masih ada, wajib kalau ada orang meninggal dunia kami akan datang. Mereka akan hubungi setiap anak supaya hadir jika ada kenalan atau saudara meninggal dunia.

“Tapi bila ayah dan mama dah tiada, saya pula dah terbiasa dan mahu ajar anak-anak supaya jadikan ini sebagai satu tanggungjawab fardu kifayah,” katanya.

Tambah Shahida, dia mahu Ammar Ahyan memperoleh pengalaman dalam pengurusan jenazah sebagai persediaan menghadapi kehidupan pada masa akan datang.

“Terutama Ammar Ahyan untuk dapatkan pengalaman pengurusan jenazah.

“Mudah-mudahan suatu hari nanti bila mama dan abah dia dah tiada, dia mampu uruskan kami berdua.

“Mandikan kami, solatkan kami dan uruskan pengebumian kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shahida berharap anak sulungnya itu dapat menjadi contoh kepada adik-beradik lain dalam memahami kepentingan tanggungjawab tersebut. –MYBERITA

BACA JUGA:  Bapa pengasas jenama Bulan Bintang meninggal dunia
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...