Ubat kurus, produk pemutih antara punca sakit buah pinggang usia muda

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang individu mengenai punca penyakit buah pinggang kronik (CKD) pada usia muda menarik perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang tular di TikTok, individu tersebut berkongsi antara faktor yang boleh menyumbang kepada masalah buah pinggang adalah tabiat pemakanan tidak sihat serta pengambilan bahan tertentu secara berlebihan.

Menurutnya, antara amalan yang berisiko termasuk pengambilan minuman bergas, mi segera, kopi tiga dalam satu, suplemen tidak terkawal serta penggunaan ubat kurus dan produk pemutih.

“Tapi yang paling berisiko tinggi adalah ubat putih untuk putihkan badan dan juga ubat kurus,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil produk tidak berdaftar kerana boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan, khususnya buah pinggang.

Perkongsian itu disertakan dengan pesanan agar masyarakat lebih peka terhadap penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penyakit kronik.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berkongsi pengalaman masing-masing serta menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai penyakit buah pinggang.

Seorang pengguna berkata, beliau pernah mengalami masalah buah pinggang sejak kecil dan kini lebih berhati-hati dalam pemakanan termasuk mengelakkan makanan berperisa, minuman bergas serta makanan segera.

“Ya, benda berperisa memang tak baik untuk buah pinggang. Saya pernah kena masa umur enam tahun, kali terakhir masuk hospital umur sembilan tahun. 

“Selepas itu, saya memang pantang makan mi segera, jajan, kerepek berperisa, air gas atau minuman berperisa, malah makanan segera pun setahun sekali dua sahaja,” katanya. 

Seorang lagi pengguna pula memuji keberanian individu tersebut berkongsi pengalaman sebenar sebagai pengajaran kepada masyarakat agar lebih menjaga kesihatan diri dan keluarga.

BACA JUGA:  Mekyun selesai lapor polis \'grup\' FB menjijikkan, harap ibu bapa, orang ramai peka

Perkongsian tersebut sekali gus menjadi peringatan kepada orang ramai supaya mengawal pemakanan serta mengelakkan pengambilan produk tidak berdaftar bagi mengurangkan risiko penyakit buah pinggang kronik. –MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...