Wanita alami gangguan seksual di lampu isyarat, motor dinaiki lelaki tak dikenali

KUALA LUMPUR – Tular seorang wanita berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki ketika berhenti di lampu isyarat di sekitar Jalan Pudu, Isnin lalu.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial @sleepyfvs, wanita tersebut dipercayai merupakan rakan baiknya yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian sebelum didatangi suspek secara tiba-tiba.

Suspek yang kelihatan tidak terurus itu dikatakan menghampiri mangsa sebelum bertindak memanjat motosikal dan meraba bahagian dada mangsa.

Menurutnya, kejadian itu berlaku secara spontan ketika mangsa sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

“Hati-hati terutama perempuan yang naik motosikal atau berjalan seorang diri. Kawan saya kena raba masa tunggu lampu isyarat atas motosikal, lelaki itu naik atas motosikal dan raba dada kawan saya.

“Semalam sahaja bukan kawan saya seorang yang kena. Masa kami ronda cari lelaki itu, dia pergi pula raba seorang wanita lain yang sedang berjalan kaki sekitar pukul 6 petang,” katanya.

View on Threads

Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai meluahkan kebimbangan selain mendakwa kejadian sama pernah berlaku di kawasan tersebut.

Seorang pengguna turut berkongsi pengalaman apabila pernah dipeluk dari belakang oleh suspek di Jalan Pudu.

“Aku pernah kena dekat Jalan Pudu juga. Dia bukan gila sebab boleh tukar-tukar baju. Masa aku kena hari itu, baju lain. Dia peluk dari belakang, memang takut,” katanya.

Bagaimanapun, suspek dipercayai berjaya ditahan selepas mangsa bersama rakannya mengejar lelaki berkenaan sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling terutama ketika berada bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. -MYBERITA

BACA JUGA:  PBT digesa lebih prihatin terhadap penjaja kecil - Muhyiddin
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...