Misi Global Sumud Flotilla 2.0 mulakan pelayaran ke Gaza

0
209

KUALA LUMPUR – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 memulakan pelayaran dari Pelabuhan Barcelona menuju ke Gaza kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia), hari ini.

Perkembangan tersebut dikongsikan oleh aktivis kemanusiaan, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, menerusi hantaran di platform Threads.

Menurutnya, ribuan penyokong dari pelbagai negara berkumpul di kawasan Moll de la Fusta bagi mengiringi pelepasan konvoi berkenaan yang membawa misi menyalurkan bantuan kemanusiaan serta memecahkan sekatan ke atas Gaza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here