Warga emas lambai tangan minta bantuan, dakwa ditinggalkan keluarga

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas dipercayai ditinggalkan bersendirian di sebuah kawasan awam mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan pengguna.

Menerusi perkongsian di platform Threads, individu yang melalui kawasan berkenaan memaklumkan ternampak lelaki warga emas itu berada seorang diri sambil melambai-lambaikan tangan seolah-olah meminta pertolongan.

“Dalam perjalanan balik rumah dekat Kajang Utama tiba-tiba ternampak pak cik tua dekat bus stop seorang diri melambai-lambai tangan macam minta tolong. Saya tak sampai hati, jadi suruh suami pusing balik untuk tanya keadaan dia,” katanya.

Menurut perkongsian sama, warga emas berkenaan dipercayai tidak ditemani ahli keluarga dan berada dalam keadaan lemah ketika ditemui.

Individu terbabit turut mendakwa lelaki itu seolah-olah ‘ditinggalkan’ oleh ahli keluarga sendiri, termasuk menyatakan bahawa anak-anaknya berada di luar negara.

“Saya tanya pak cik itu mana anak yang lain, dia kata dua orang anak dia berada di Australia,” katanya.

Perkongsian itu turut mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan dakwaan pengabaian terhadap warga emas berkenaan.

Ada dalam kalangan pengguna yang menzahirkan rasa simpati, malah mengingatkan tentang balasan hidup sekiranya ibu bapa diperlakukan sedemikian.

“Kalau tidak mahu jaga, hantar sahaja ke rumah orang tua. Bayarlah, bukan miskin pun,” kata seorang pengguna.

View on Threads

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut berhubung dakwaan tersebut dan perkongsian itu terus mendapat perhatian meluas di media sosial.

BACA JUGA:  Aksi 20 mat motor kepung Myvi tular, polis buru pemandu motosikal terlibat
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...