Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR – Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi pengalaman unik apabila menerima pelanggan beragama Islam yang ingin mencacah tatu, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, individu terbabit memaklumkan terdapat ramai pelanggan Muslim yang datang bertanyakan perkhidmatan tersebut.

Menurutnya, situasi itu meletakkannya dalam dilema kerana di satu pihak dia mahu mengembangkan perniagaan, namun pada masa sama menyedari hukum mencacah tatu adalah haram bagi umat Islam.

“Saya mahu pesan, Muslim memang tak boleh buat tatu. Tatu ini akan ikut sampai mati, tapi masih ramai yang datang bertanya,” katanya.

Tambahnya, dia juga berdepan kesukaran untuk menolak permintaan pelanggan kerana faktor keuntungan.

“Susah untuk saya. Saya mahu untung, tapi tak boleh,” ujarnya.

Bagaimanapun, individu tersebut menetapkan syarat hanya akan menerima pelanggan Muslim yang sudah mempunyai tatu sebelum ini.

Katanya, bagi mereka yang belum pernah mempunyai tatu, dia akan menolak permintaan tersebut dan menasihati supaya tidak melakukannya.

“Kalau belum ada tatu, saya tak boleh buat sebab haram. Tapi kalau sudah ada, saya boleh buat.

“Tapi kalau masih ‘bersih’, jangan buat. Ia akan kekal sepanjang hayat,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga pengguna mengagumi sikap ambil tahu pelukis tatu berkenaan mengenai isu halal dan haram bagi masyarakat Muslim selain menghormati agama orang lain.

“Terima kasih sangat-sangat kerana memahami. Untuk Muslim yang sudah ada tatu, tak boleh tambah atau tutup. Awak tak akan rugi sebab hilang pelanggan. Tetapi akan lebih untung sebab tak rasa bersalah dan hati tenang sebab pilih pelanggan yang layak,” kata seorang pengguna.

“Bagusnya amoi ini. Dia ambil tahu tentang halal dan haram dalam Islam. Aku suka orang macam ini. Menghormati agama lain. Saya nak bagi pelukan untuk awak.” kata pengguna lain.

Perkongsian tersebut turut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya berkaitan kesedaran dan tanggungjawab individu dalam membuat keputusan. -MYBERITA

BACA JUGA:  “Kena jaga tutur kata, jangan cepat menegur”, Shiha Zikir tegur Amad Dayyan
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...