“Saya nak buang bulu mata tiga inci”, Iqbal Zulkefli mahu ubah imej DSV jadi minimalis

KUALA LUMPUR– Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli, berkongsi hasrat untuk mengubah imej Datuk Seri Vida kepada gaya lebih minimalis sekiranya hubungan mereka kembali baik.

Menerusi satu hantaran di Threads, Iqbal berkata perkara pertama yang ingin dilakukannya adalah mengubah penampilan Vida agar lebih ringkas dan elegan.

“Kalau saya dengan Datuk Seri Vida berbaik kembali, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia. Saya tengok macam tiga inci juga masa di rumah Datuk Aliff hari tu.

“Kedua, saya nak kembalikan penampilan seperti dahulu, lebih minimal dan hanya dua tona warna sahaja maksimum,” katanya.

Menurut Iqbal, cadangan tersebut bukan bertujuan mengubah identiti asal Vida, sebaliknya untuk menampilkan imej yang lebih mewah dan sofistikated.

Dalam perkongsian sama, beliau turut memuat naik beberapa gambar lama yang menunjukkan gaya penampilan Vida yang lebih ringkas ketika mereka masih bersama sebelum ini.

Iqbal turut berpendapat bahawa konsep pakaian dua tona serta solekan minimal sudah memadai untuk menampilkan gaya elegan, termasuk bagi majlis besar.

“Bukan hilangkan identiti, cuma penampilan lebih minimal. Kadang-kadang ringkas itu lebih nampak mewah,” jelasnya lagi.

Perkongsian tersebut sekali lagi menarik perhatian netizen yang mengikuti perkembangan hubungan kedua-dua figura berkenaan.

BACA JUGA:  Vida luah rasa syukur bila anak tidak melatah dikecam ‘tomboy’
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...