Papa laris cari mentor ahli politik, Asyraf Wajdi pelawa masuk UMNO

KUALA LUMPUR — Hasrat usahawan terkenal, Aliff Syukri Kamarzaman untuk menceburi dunia politik menarik perhatian ramai apabila beliau secara terbuka mencari mentor dalam kalangan pemimpin negara.

Menerusi satu hantaran di Threads, usahawan yang mesra disapa ‘Papa’ itu memaklumkan beliau menerima banyak galakan daripada orang ramai untuk bergiat aktif dalam bidang politik, namun mengakui masih memerlukan tunjuk ajar.

“Disebabkan ramai orang yang menyeru papa untuk jadi ahli politik, ada tak yang sudi ajar papa, tolong mana-mana menteri. Papa perlu diajar dan rasa siapa patut jadi mentor papa,” katanya.

Hantaran tersebut kemudian mendapat respons pantas daripada Setiausaha Agung United Malays National Organisation (UMNO), Asyraf Wajdi Dusuki yang secara berseloroh mempelawa beliau menyertai parti itu.

“Jom masuk UMNO,” balasnya ringkas di ruangan komen.

Interaksi tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ada yang menyokong langkah Aliff untuk meneroka bidang baharu itu.

Seorang pengguna menyifatkan pelawaan tersebut sebagai peluang terbaik memandangkan Aliff sedang mencari bimbingan daripada individu berpengalaman dalam arena politik.

Selain itu, terdapat juga cadangan agar usahawan kosmetik itu memainkan peranan dalam mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa sekiranya benar-benar terlibat dalam politik.

Dalam masa sama, ramai turut terhibur dengan komunikasi santai antara tokoh politik dan selebriti usahawan itu, yang dilihat mencerminkan pendekatan lebih terbuka dalam interaksi di media sosial.

BACA JUGA:  Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...