Harga ikan tongkol dikawal bawah skim harga maksimum musim perayaan

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu bahawa ikan tuna neritik, termasuk ikan aya atau tongkol, telah dimasukkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Langkah ini bertujuan memastikan kestabilan harga dan bekalan ikan di pasaran menjelang musim perayaan.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain, berkata pihaknya komited dalam memastikan kestabilan harga dan bekalan ikan di pasaran.

“Peningkatan pendaratan tuna neritik, termasuk ikan tongkol, adalah bukti usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kelangsungan industri perikanan negara dan kestabilan harga untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Melalui skim ini, harga maksimum bagi ikan aya/tongkol bersaiz 1-2 ekor sekilogram telah ditetapkan bagi negeri Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Selain itu, beberapa hasil laut lain turut tertakluk kepada kawalan harga, termasuk ikan demudok/sagai/cermin/cupak (3-5 ekor sekilogram) di Sabah, ikan kembung termasuk ikan mabung (8-12 ekor sekilogram) di seluruh negara, serta ikan selayang (8-12 ekor sekilogram) yang turut dikawal harganya di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Perikanan melaporkan peningkatan ketara dalam pendaratan tuna neritik bagi tahun 2024, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak 63,780.32 tan metrik bernilai lebih RM781.3 juta. Negeri Perak muncul sebagai pengeluar utama dengan pendaratan 16,933.90 tan metrik bernilai sekitar RM207.4 juta, diikuti oleh Sabah dengan 12,479.22 tan metrik bernilai RM152.9 juta.

Jabatan Perikanan Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memantau bekalan serta pendaratan ikan bagi menjamin kelestarian sumber perikanan negara. Orang ramai dinasihatkan agar merancang pembelian dengan bijak serta menyokong usaha kerajaan dalam mengekalkan kestabilan harga barangan keperluan utama.

BACA JUGA:  Guru didakwa gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan serta-merta
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...