Ahad | 11/10/2026 | 6:59:32 am
HomeJenayahGuru didakwa gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan serta-merta

Guru didakwa gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan serta-merta

ALOR SETAR – Seorang guru lelaki berusia 34 tahun dari Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) di sini ditamatkan perkhidmatan serta-merta semalam selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua pelajar sekolah berkenaan.

Setiausaha Lembaga Pengelola Sekolah, Ng Koh Weng berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat tergempar yang diadakan susulan penahanan guru terbabit oleh pihak polis pada Sabtu lalu.

“Pihak sekolah menerima makluman penahanan reman guru terbabit oleh pihak polis pada 19 April selepas menerima aduan daripada pelajar berhubung dakwaan gangguan seksual. Justeru, satu jawatankuasa khas dibentuk serta-merta bagi membincangkan tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|