Polis Melaka buat kertas kerja, haram penjualan vape

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan satu kertas kerja bagi mencadangkan pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini susulan peningkatan kes penyalahgunaan dadah sintetik, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, langkah itu diambil selepas pihaknya mendapati trend penggunaan vape yang dicampur dengan dadah semakin membimbangkan, bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, malah pelajar sekolah turut terlibat.

Menurutnya, kertas cadangan tersebut akan dikemukakan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat selepas pelbagai aspek dikaji, termasuk kesan kepada ekonomi peniaga serta pandangan daripada agensi berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Kita lihat sekarang ini, pelajar sekolah pun ramai yang terbongkang di tepi jalan, tidak pulang ke rumah selepas sekolah, hisap vape, terbaring bawah pokok dan sebagainya.

“Kertas kerja apabila siap nanti, barulah kita akan usulkan kepada kerajaan negeri.

\”Kita akan lihat isu-isu yang menyebabkan ia perlu diharamkan, termasuk kaitannya dengan pelajar sekolah dan kesan sampingan kepada masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, hari ini.

Tambahnya, cadangan itu turut selari dengan saranan yang pernah dikemukakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini yang turut menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan vape yang kini menjadi medium baharu penyalahgunaan dadah.

BACA JUGA:  Amirul Ikhwan buktikan masalah pendengaran bukan halangan belajar
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...