Lesen patut dibatalkan jika langgar perintah tetap kastam – EAIC

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mendedahkan hasil siasatan berhubung dakwaan kelemahan tindakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam mengawal selia pengimport dan ejen Kastam yang melanggar Perintah Tetap Kastam.

Dalam satu kenyataan media, EAIC memaklumkan bahawa siasatan dijalankan selepas menerima aduan terhadap JKDM yang didakwa tidak mengambil tindakan membatalkan lesen pihak-pihak terlibat walaupun terdapat pelanggaran jelas terhadap peraturan sedia ada.

Menurut kenyataan itu, siasatan dijalankan di bawah subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Siasatan EAIC mendapati terdapat kelemahan dalam proses meluluskan Borang Pengikraran Kastam bagi melepaskan barang dagangan import, di mana sebahagian pengimport dan ejen Kastam telah melakukan pengikraran tanpa mematuhi Perintah Tetap Kastam yang berkuat kuasa,” jelas kenyataan tersebut.

Berikutan penemuan itu, EAIC telah memutuskan untuk mengemukakan syor penambahbaikan kepada JKDM bagi memperketat kawalan dan memastikan pematuhan menyeluruh terhadap Perintah Tetap Kastam oleh semua pengimport dan ejen berlesen.

Mesyuarat Suruhanjaya turut menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar perintah tersebut, selaras dengan peranan JKDM dalam menjaga integriti sistem perdagangan negara.

EAIC menegaskan komitmen mereka untuk terus memantau agensi penguatkuasaan dan memastikan segala bentuk ketidakpatuhan tidak dibiarkan berleluasa demi menjaga kepentingan awam dan ketelusan pentadbiran.

BACA JUGA:  Nahas Air India: Lebih 200 mayat ditemukan di lokasi pesawat terhempas
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...