Khamis | 08/10/2026 | 3:07:42 pm
HomeSemasaAlza remuk langgar gajah melintas, pasangan suami isteri nyaris maut

Alza remuk langgar gajah melintas, pasangan suami isteri nyaris maut

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terlanggar sekumpulan gajah liar yang sedang melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9.20 malam ketika pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 40 dan 38 tahun sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi menuju ke Mersing menaiki sebuah Perodua Alza.

“Setiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba lebih kurang empat ekor gajah melintas jalan. Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkan bahagian hadapan kenderaan mereka remuk akibat pelanggaran tersebut. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|