Nahas Air India: Seorang penumpang lelaki warga Britain dilaporkan terselamat

AHMEDABAD – Seorang penumpang Air India dikenalpasti sebagai satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden nahas pesawat AI171 di Ahmedabad, India pada Khamis.

Mangsa, Ramesh Vishwaskumar Bucharvada, 38, warga Britain, dilaporkan duduk di kerusi bernombor 11A dan berjaya melompat keluar dari pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner itu sejurus sebelum ia terhempas.

Pesawat tersebut dalam perjalanan menuju ke London sebelum terhempas pada jam 1.38 tengah hari, hanya beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel.

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan Ramesh dalam keadaan cedera ringan sedang berjalan perlahan menuju ke lokasi nahas, dipercayai untuk mendapatkan bantuan.

Komisioner Polis, G.S. Malik dalam kenyataan kepada media mengesahkan perkembangan itu dan memaklumkan bahawa Ramesh kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

“Tidak dapat dikenal pasti buat masa ini jumlah kematian yang sebenar. Jumlah mungkin akan meningkat kerana pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan,” katanya.

Pesawat tersebut turut dilaporkan merempuh sebuah bangunan asrama Kolej Perubatan B.J. yang terletak berhampiran lapangan terbang, mengakibatkan kebakaran besar dan kerosakan struktur yang serius.

Sebelum ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa kesemua penumpang dan anak kapal terkorban dalam insiden tragis itu. Bagaimanapun, penemuan Ramesh yang masih hidup mencetuskan kelegaan dan kehairanan banyak pihak.

Stesen televisyen NDTV turut menyiarkan laporan eksklusif mengenai Ramesh, menyifatkan beliau sebagai ‘the walking miracle’ atau “keajaiban yang berjalan”.

Difahamkan, kerusi 11A yang diduduki Ramesh terletak bersebelahan tingkap di bahagian kanan kabin kelas ekonomi, dua barisan di hadapan sayap pesawat, antara lokasi yang paling hampir dengan pintu kecemasan hadapan.

Pasukan penyelamat dan forensik kini giat menjalankan operasi pencarian dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca nahas serta mangsa-mangsa yang lain. Pihak Air India dan kerajaan India dijangka mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

BACA JUGA:  PM USM: Usul kajian semula sistem MyCSD diluluskan

Berita selanjutnya menyusul.

Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...