Mohd Khalid Ketua Polis Negara baharu

KUALA LUMPUR – Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail kini rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang akan bersara pada Ahad ini.

Majlis penyerahan tugas dan paluan berundur disempurnakan dalam satu upacara rasmi di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara hari ini. Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mohd Khalid sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas sejak 8 Mei 2023 dengan memangku gred VUYA5 (JUSA A), satu peranan penting dalam pengurusan keselamatan negara.

Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Razarudin sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara wajib. Beliau dilantik pada 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

BACA JUGA:  \"Itu sudah gila!\", Saifuddin kecam kes rogol bayi 3 bulan, dirakam dan dijual
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...