TUDM terima aset pertahanan baharu mulai Oktober, tingkat keupayaan negara menjelang 2028

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima beberapa aset, sistem dan platform pertahanan udara baharu secara berperingkat bermula Oktober ini sehingga penghujung tahun 2028 bagi memperkukuh keupayaan pertahanan negara.

Panglima Tentera Udara ke-20, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, perolehan tersebut dilaksanakan sejajar dengan Pelan Strategik Pembangunan TUDM 2055 (CAP55) yang digariskan menerusi Kertas Putih Pertahanan.

“Antara aset yang sedang dalam proses perolehan termasuk sistem pesawat tanpa pemandu (UAS), pesawat FA-50 Light Combat Aircraft (LCA), pesawat rondaan maritim (MPA), radar pertahanan udara dan helikopter baharu.

“Semuanya akan diterima secara berperingkat bermula Oktober tahun ini, seterusnya pada 2026, 2027 dan menjelang hujung 2028,” katanya dalam ucapannya sempena Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Udara di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris dilantik sebagai Panglima Tentera Udara baharu menggantikan Asghar Khan yang dijadual bersara Disember ini.

Mengulas lanjut, Asghar Khan turut menyeru warga TUDM untuk terus mengukuhkan kefahaman terhadap teknologi dan bentuk peperangan masa kini dan masa hadapan.

“TUDM kini berada di ambang transformasi strategik penting. Pasukan harus kekal relevan, tangkas serta bersedia menghadapi cabaran multidimensi.

“Saya yakin kepimpinan baharu mampu membawa TUDM ke tahap lebih tinggi dalam mendepani perubahan landskap pertahanan moden,” ujarnya.

BACA JUGA:  Tiga jet AS ditembak jatuh di Kuwait
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...