Tren RTS baharu Johor-Singapura diperkenalkan

SINGAPURA – Tren pertama bagi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura secara rasmi dipertontonkan dalam satu sesi pratonton di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow.

Loke dalam ucapannya menyifatkan RTS Link bukan sekadar sebuah projek infrastruktur, sebaliknya melambangkan hubungan erat dan semangat kerjasama antara dua negara jiran.

“Hari ini bukan sekadar tentang pendedahan sebuah tren baharu tetapi tentang apa yang dilambangkan oleh tren itu.

\”Ia tentang dua negara yang sekali lagi berganding bahu untuk membina sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri.

“Ini bukan projek infrastruktur biasa. Ia mewakili pengukuhan hubungan persahabatan, kepercayaan dan saling menghormati antara Malaysia dan Singapura.

“Dalam dunia yang semakin mengasingkan diri dan meminggirkan perdagangan terbuka, kita membuktikan bahawa kerjasama boleh membawa kejayaan,” katanya dalam majlis pelancaran rasmi tren RTS LINK 01 di SRTC, semalam.

Projek itu turut menampilkan kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang disatukan di stesen permulaan bagi mempercepatkan pergerakan penumpang.

RTS Link merupakan laluan kereta api ulang-alik sejauh empat kilometer yang menghubungkan dua stesen – satu di Bukit Chagar, Johor Bahru dan satu lagi di Woodlands North, Singapura.

Bahagian Malaysia sepanjang 2.7 kilometer dibangunkan oleh MRT Corp, dengan operasi dijalankan bersama Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corp Ltd dari Singapura.

Apabila siap kelak, RTS Link bakal menjadi jambatan darat ketiga ke Singapura dan dijangka mengurangkan kesesakan yang selama ini berlaku di Tambak Johor.

BACA JUGA:  Fattah Amin, Amira Othman nikah 14 September ini
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...