Pendakwah bebas direman, disyaki tipu RM140,000 projek sekolah agama

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan melibatkan dua wanita berkaitan pembangunan sebuah sekolah agama, membabitkan kerugian keseluruhan sebanyak RM140,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan dijalankan susulan dua laporan polis diterima daripada mangsa berusia lingkungan 30 hingga 40-an yang juga pemilik dan pengurus dua syarikat berlainan di Shah Alam dan Gombak.

“Mangsa pertama mendakwa telah membuat tiga transaksi berjumlah RM60,000 kepada suspek pada Ogos dan September 2020, manakala mangsa kedua membayar RM80,000 pada tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa mengenali suspek sebagai seorang pendakwah bebas sejak beberapa tahun lalu sebelum bersetuju menyumbang wang bagi tujuan pembangunan sekolah agama yang dijanjikan.

Bagaimanapun, projek yang dijanjikan tidak pernah dilaksanakan sehingga menyebabkan mangsa membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

BACA JUGA:  Enggan ke sekolah, remaja buat laporan palsu konon diculik
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...