Pasangan tunang menangis mengaku tak salah curi, guna kad ATM orang lain

MELAKA – Sepasang tunang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas tuduhan melakukan capaian tanpa kuasa terhadap sistem komputer dengan menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik individu lain untuk berbelanja di beberapa premis sekitar Ayer Keroh.

Tertuduh, Nurzafirah Zaini, 27, dilihat menangis ketika pertuduhan dibacakan bersama tunangnya, Muhammad Zulkarnaen Zahari, 26. Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menggunakan kad ATM milik seorang lelaki berusia 44 tahun tanpa kebenaran, dengan melakukan lima transaksi pembelian di pasar raya Mydin dan sebuah kedai gajet antara pukul 8 malam hingga 9 malam pada 6 Julai lalu, menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM584.70.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 setiap seorang, namun peguam Amritpal Singh yang mewakili pasangan itu merayu agar jumlah jaminan direndahkan kerana tertuduh wanita menjaga ibunya yang sakit dan seorang adik orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 setiap seorang dan menetapkan tarikh 18 Ogos 2025 untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

BACA JUGA:  Tekanan layanan belajar, hidup punca wanita serang guna pisau di Kajang
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...