Raih RM6,400 seminggu, pasangan anak empat dicekup jual video lucah & tawaran \’seks online\’

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri yang mempunyai empat orang anak dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian menerusi aplikasi media sosial.

Pasangan warga tempatan masing-masing berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu serbuan khas Op E-Noda di sebuah hotel di Seksyen 27, di sini, kira-kira jam 8 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hasil serbuan, pihaknya merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, satu tiub pelincir, satu peket tisu basah, sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses hotel.

“Siasatan mendapati pasangan ini mula bergiat aktif dalam aktiviti tidak bermoral ini sejak Jun tahun lalu. Suspek lelaki dipercayai bertindak sebagai pencipta kandungan yang mempromosikan video lucah serta menawarkan perkhidmatan pelacuran melalui aplikasi Telegram.

“Bayaran bagi penjualan video lucah menerusi \’Private Channel Limited Content\’ adalah RM50, manakala \’Private Channel VVIP Unlimited Content\’ pula dikenakan caj sebanyak RM150,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, langganan untuk perkhidmatan seks yang dijalankan di sebuah hotel bertaraf empat bintang pula dikenakan bayaran antara RM450 hingga RM800.

“Hasil siasatan turut mendapati wanita terbabit adalah pelaku utama dalam video lucah yang dijual dan turut menawarkan diri untuk aktiviti pelacuran.

\”Pasangan ini dipercayai memperoleh pendapatan mencecah RM6,400 seminggu daripada hasil aktiviti tersebut,” ujarnya lagi.

Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari hingga Jumaat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e), Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA JUGA:  1,691 mangsa lelaki terperdaya cinta palsu, ‘Sister Hong’ rakam, jual aksi intim
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...