Pemandu van sekolah minta maaf, ibu mangsa nekad ambil tindakan undang-undang

SEREMBAN – Keluarga murid tabika yang cedera selepas dilanggar van sekolah di sebuah taman perumahan di sini pada Isnin lalu memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit.

Menurut ibu mangsa, Siti Zarina Abd Zarim, 39, keputusan itu dibuat bukan kerana dendam, tetapi demi memberi pengajaran kepada pemandu agar lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas menghantar dan mengambil kanak-kanak.

“Dia (pemandu van) ada datang minta maaf dengan saya. Saya maafkan, tapi saya terpaksa ambil tindakan. Kalau tak ambil tindakan, takut nanti anak orang lain pula jadi mangsa,” katanya ketika dihubungi wartawan hari ini.

Anaknya yang berusia enam tahun mengalami kecederaan serius termasuk kepala berlubang sebesar duit syiling lima sen, beberapa kecederaan di dahi dan dalam mulut, serta beberapa batang gigi patah.

“Anak saya juga asyik merengek, menangis dan sukar tidur kerana kesakitan sehinggalah menjalani pembedahan di kepala di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur oleh pakar,” tambahnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu telah dipindahkan ke HTA pada petang Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan lanjut termasuk dirujuk kepada pakar pembedahan plastik kerana keadaan luka yang serius di bahagian kepala.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian melibatkan seorang murid tabika yang cedera akibat dilanggar van sekolah yang dinaikinya sendiri di hadapan rumahnya di Taman Mantau Indah 3 kira-kira jam 11.50 pagi, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa mangsa mengalami kecederaan di kepala serta calar-calar di kaki dan tangan.

Siti Zarina berharap agar kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pengendali perkhidmatan pengangkutan sekolah untuk sentiasa peka dan berhati-hati, terutama ketika menurunkan anak-anak kecil di kawasan kediaman.

BACA JUGA:  Tujuh pelajar Selangor terkandas di Jeddah dilaporkan selamat, dipindahkan ke Jordan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...