Australia iktiraf negara Palestin September ini

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengumumkan bahawa negara itu akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September ini, susulan langkah serupa oleh United Kingdom (UK), Perancis dan Kanada.

Menurut Albanese, pengiktirafan itu dibuat selepas menerima komitmen daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk melucutkan senjata, mengadakan pilihan raya umum, dan terus mengiktiraf hak kewujudan Israel.

“Penyelesaian dua negara adalah harapan terbaik manusia untuk memutuskan kitaran keganasan di Timur Tengah dan menamatkan konflik, penderitaan serta kebuluran di Gaza,” katanya pada Isnin.

Kerajaan Israel bagaimanapun mengecam langkah tersebut, menyifatkannya sebagai ‘ganjaran terhadap keganasan’ .

Tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat susulan jumlah korban yang tinggi di Gaza, dengan Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas melaporkan lebih 61,000 kematian sejak operasi ketenteraan Israel dilancarkan pada 2023.

Serangan Israel itu adalah tindak balas kepada serangan diketuai Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang dan menculik 251 tebusan.

Albanese turut menegaskan bahawa Presiden PA, Mahmoud Abbas telah memberi jaminan bahawa Hamas tidak akan terlibat dalam sebarang pentadbiran negara Palestin pada masa hadapan.

Keputusan Australia itu dibuat selepas perbincangan dengan pemimpin UK, Perancis, New Zealand dan Jepun.

“Ada peluang besar di sini, dan Australia akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk merebutnya,” katanya.

Pada Ahad lalu, puluhan ribu penyokong pro-Palestin berarak di Jambatan Sydney Harbour, sehari selepas mahkamah membenarkan perhimpunan itu diadakan.

Ketika ini, 147 daripada 193 negara anggota PBB telah mengiktiraf Palestin, yang memiliki status ‘negara pemerhati tetap’ di PBB tanpa hak mengundi.

BACA JUGA:  Spekulasi kematian, kecederaan Benjamin Netanyahu tular di media
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...