Khamis ini masuk zon merah, Heliza umum konvoi GSF hampir tiba di Gaza

KONGSI

KUALA LUMPUR – Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mendedahkan beliau bersama konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kini sudah memasuki kawasan berisiko zon kuning dan semakin menghampiri Gaza, Palestin.

Heliza, 39, berkata sekiranya semua berjalan lancar seperti dirancang, mereka akan memasuki zon merah dalam masa terdekat dan berpeluang menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

“Bismillah, alhamdulillah secara rasminya kita telah pun memasuki zon kuning. Insha-Allah biiznillah, hari Khamis berkemungkinan masuk zon merah. Doakan,” tulisnya ringkas di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN